http://www.wallxite.com/images/thumbnailitems/Love-Wallpapers/love-wallpaper25.jpg color:#FF6699; background:url(http://dl.glitter-graphics.net/pub/590/590941r351ykwhz6.gif) ;background-repeat: repeat; text-decoration:underline; ♥ Julian Juan ♥

Jumat, 03 Agustus 2012



julian juan

HIDUP 

Hidup di atas dunia ini sentiasa saja bertukar
ganti antara susah dan senang. Silih berganti sempit dan
lapang, sehat dan sakit. Dunia bukanlah tempat mencari
kesenangan tetapi dunia adalah tempat ujian bagi
manusia. Tiada siapa yang tidak menerima ujian. Cuma
ujian ada yang berat dan ada pula yang ringan. Apa lagi
suatu cita-cita yang tinggi, menegakkan kalimat tauhid,
memancarkan tonggak keimanan di dalam alam, maka
lagi besarlah ujian yang bakal dihadapi.
 

Apabila langkah ini telah dimulai halangannya
pasti banyak, jalannya pasti sukar. Oleh sebab itu ia
meminta semangat baja, hati yang teguh dan
pengorbanan yang tidak kenal lelah. Betapa pun mulia
cita-cita jikalau tidak dengan hati yang teguh tidak ada
ketahanan niscaya maksud tidak akan tercapai. Para
nabi semuanya menghadapai laluan sangat sukar untuk
berjaya. Maka kamu wahai orang beriman wajiblah sabar,
sabar menderita, sabar menunggu hasil apa yang
dicitakan. Jangan gelisah tetapi hendaklah tetap hati.



Sabar dan sembahyang
Seratus kali kalimat sabar tersebut di dalam al Quran.
Hanya dengan sabar orang dapat mencapai apa yang
dimaksudkan. Hanya dengan sabar orang bisa mencapai
darjat iman dalam perjuangan. Hanya dengan sabar boleh
menasihatkan orang yang lalai. Hanya dengan sabar
kebenaran dapat ditegakkan.

Lebih 25 tahun nabi Yaakub menunggu anaknya Yusof.
Akhirnya Yusof kembali juga. Selama 7 tahun Yusof
merengkok dalam penjara, hanya dengan sabar jugalah ia
dapat keluar kembali dan menjawat jawatan Menteri
Kewangan Mesir. Hanya dengan sabar nabi Ayub menahan
sakit sehingga anak dan isterinya lari. Akhirnya nabi Ayub
kembali sembuh ,isteri dan anaknya kembali semula
kepangkuannya. Banyak lagi kisah sabar yang akhirnya
membuahkan hasil yang sangat besar. Sabar menjadi
benteng diri yang amat teguh. Sabar memang berat dan ia
tidak terasa perlu ketika kita masih senang selagi kesulitan
belum sampai. Apabila datang musibah dengan tiba-tiba,
memang timbullah perjuangan di dalam batin. Tarik menarik
antara kegelisahan dan ketenangan. Kita gelisah, hati kecil
juga tidak senang dengan kegelisahan itu.

Orang yang tiada ketenangan tidak boleh
mengatasi kegelisahannya merasakan hidup ini
gelap.
Ia merasakan biarlah ia mati saja. Ia
merasakan dengan mati kegelisahannya akan
tamat.Lalu ia nekad bunuh diri.
dinyatakan hati kecil yang di dalam jiwa kita
kegelisahan.
tidak suka kegelisahan. Maka hati itulah yang
perlu ditenangkan. Sebab itu dalam saat yang
ditenangkan.
kritikal ini sabarlah menjadi alat yang paling
berkesan.
berkesan. Maka Allah nyatakan sabar dan diikuti
dengan sembahyang merupakan resepi yang
mujarab.
paling mujarab. Hati kecil yang dikepung dengan
dilepaskan.
kegelisahan itu harus harus dilepaskan.
Lepaskan ia menghadap Tuhan dengan
sembahyang.
sembahyang. Kerana sembahyang itu
percakapan antara hamba dan
Tuhannya.Tanyakan pada diri sendiri mengapa
aku mesti gelisah, padahal senang dan susah
gelisah,
aku,
adalah giliran masa yang pasti berlaku atas aku,
dulunya aku senang sekarang susah pula. giliran laksana roda ada kala di atas dan suatu masa akan turun pula. Katakan pada diri, kenapa aku
sendiri,
bodoh jika mau menamatkan hidup sendiri,
bukankah dengan bunuh diri akan lebih
getir di hari akhirat



Monolog Dengan Diri
Sebenarnya segala urusan dunia adalah kecil belaka. Apa juga
kesulitan sebetulnya kecil belaka di sisi Tuhan. Akupun mesti berfikiran
begitu juga. Aku merasakannya besar kerana aku memiliki jiwa yang
kecil. Aku mesti mencari apa punca kegelisahan itu,supaya aku bisa
kenal pasti dan coba mengatasinya dengan sabar. Mungkin kegelisahan
itu berasal dari harta benda, mungkin juga kemegahan dunia,
mungkin pangkat dan kebesaran dan mungkin juga yang lain. Sehingga
lantaran asyik dengan mengejar kebendaan tadi aku lupa tujuan aku
datang ke dunia, sebenarnya bukan untuk itu sebaliknya kedatangan
aku kedunia ialah untuk menjadi hamba kepada Tuhan yang bernama
Allah. Maka sekarang aku mesti sembahyang.
Bila ketenangan telah diteguhkan dengan solat maka
kemenangan pasti datang. Sabar dan solat mestilah jalan seiring. Bila
kedua-dua  resep tadi telah kemas dan melekat di hati maka
ketenangan pasti datang, hijab kian terbuka. Berangsur-angsur jiwa kian
terlepas dari belenggu kesulitan kerana Tuhan telah berdaulat di
dalam hati kita. Waktu itu barulah diketahui rupanya kesulitan yang
dihadapi selama ini karana hati aku telah dimasuki setan, atau dunia
menggunung di dalam hati, tidak pernah menghiraukan berbicara
dengan Allah melalui solat. Maka sekarang aku mesti solat dan
bersabar untuk mendirikannya....